Binaan haram di Kampung Chubadak diroboh esok

Binaan haram, premis tanpa kebenaran dan pencerobohan kawasan di Kampung Chubadak Tambahan, Kuala Lumpur akan berdepan tindakan penguatkuasaan menerusi pelaksanaan perintah penyerahan milikan kosong pada 14 Januari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari memaklumkan tindakan itu dibuat susulan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengekang aktiviti pembinaan dan pendudukan tidak sah di kawasan berkenaan.
Operasi bersepadu akan dilaksanakan dengan kerjasama PDRM bersama beberapa agensi termasuk Tenaga Nasional Berhad, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan UNHCR.
Tindakan penguatkuasaan akan dijalankan mengikut undang-undang serta prosedur operasi standard, dengan mengambil kira aspek keselamatan awam dan kebajikan pihak terlibat.
Orang ramai dinasihatkan tidak berada di kawasan operasi dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran operasi serta ketenteraman awam.




