Malaysia

Budak 11 Tahun Pandu Kereta Ibu, Terbabas Masuk Longkang

Shah Alam, 20 Julai —
Seorang budak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta ibunya sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Telok Gong, Klang, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi semalam (19 Julai).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Ramli Kasa berkata, budak tersebut memandu Proton Saga bersama adiknya berumur 7 tahun dan sepupu mereka sejauh dua kilometer sebelum hilang kawalan berhampiran kawasan kedai.

Ketiga-tiga mereka tidak mengalami kecederaan, namun kenderaan itu mengalami kerosakan kecil di bahagian bawah bonet hadapan sebelah kanan. Kanak-kanak terbabit termasuk dua pemegang kad UNHCR dan seorang warga tempatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) dan 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Akta Kanak-Kanak 2001 bagi meneliti sebarang unsur pengabaian. Polis menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka dan tidak membiarkan anak-anak memandu atau menunggang kenderaan yang boleh membahayakan nyawa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker