Malaysia

Bukit Bintang ‘berwajah Tokyo’ malam esok dengan 70 lampu LED, jalan ditutup bermula 6 petang

Jalan Bukit Bintang akan berubah wajah seperti bandar Tokyo pada malam esok apabila sebanyak 70 lampu LED menghiasi kawasan berkenaan sempena Festival I LITE U, acara pembuka tirai Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pemasangan lampu LED sepanjang kira-kira satu kilometer itu menampilkan rekaan moden seperti lampu gantung, lampu bulan dan elemen dongeng, sekali gus mewujudkan suasana malam bandar yang lebih meriah dan menarik perhatian pengunjung.

Festival yang bermula jam 7.30 malam Sabtu turut diserikan dengan perarakan bercahaya, pemasangan arca TMM2026 serta persembahan artis tempatan, menjadikan Bukit Bintang tumpuan utama orang ramai.

Sehubungan itu, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail akan ditutup sementara bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam esok bagi melancarkan penganjuran festival tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker