Malaysia
Caj tapak bazar Ramadan DBKL turun kepada RM400

Caj tapak bazar Ramadan di bawah seliaan DBKL diturunkan kepada RM400 sebulan berbanding RM500 sebelum ini bagi mengurangkan beban penjaja kecil.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata kadar sama turut dikenakan kepada persatuan penjaja bagi mengelakkan caj berlebihan.
Tahun ini DBKL kembali menggunakan model pengurusan hibrid, dengan sebahagian tapak diurus DBKL dan selebihnya oleh persatuan penjaja, membolehkan pihak berkuasa memberi tumpuan kepada penguatkuasaan.
Penganjuran bazar Ramadan tahun ini melibatkan sembilan lokasi di bawah DBKL dan 32 lokasi dikendalikan persatuan penjaja.




