China wajibkan pempengaruh ada degree untuk buat ‘content’

China memperkenalkan undang-undang baru pada 25 Oktober lepas yang menuntut pempengaruh menghasilkan kandungan mengenai topik profesional harus memiliki kelayakan rasmi dalam bidang tersebut.
Topik yang memerlukan sijil ijazah itu adalah seperti perubatan, undang-undang, pendidikan atau kewangan.
Pengawalseliaan ini bertujuan memerangi maklumat palsu meskipun ia mencetus perdebatan orang ramai mengenai hak bersuara.
Sesiapa yang mahu bercakap tentang topik profesional di platform seperti Douyin, Weibo dan Bilibili mesti sediakan bukti kelayakan sama ada ijazah universiti, sijil profesional atau latihan yang disahkan.
Jika melanggar peraturan, pempengaruh itu boleh dikenakan larangan akaun atau denda sehingga 100,000 yuan (kira-kira US$14,000).
Langkah ini menunjukkan betapa seriusnya Beijing dalam mengawal kandungan dalam talian dan memastikan nasihat pakar datang daripada individu yang benar-benar berkelayakan.




