
Pendakwah selebriti, Da’i Syed dipenjarakan hari ini selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Adlin Abdul Majid menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman selepas mendapati keputusan Mahkamah Sesyen adalah tepat serta pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Mahkamah memutuskan keterangan tertuduh hanya berupa penafian dan kesalahan itu bersifat serius.
Da’i Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 31, diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula hari ini tanpa penangguhan.



