Malaysia
Didakwa caj terlalu tinggi hanya untuk drip dan ubat, netizen minta KKM siasat sebuah klinik swasta

Seorang individu mendakwa dikenakan caj tinggi selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta akibat muntah berterusan dan gastrik yang teruk.
Menerusi perkongsian di Threads, individu itu mendakwa perlu membayar deposit terlebih dahulu sebelum menerima rawatan. Doktor kemudian hanya bertanya beberapa soalan sebelum memberikan suntikan ubat dan memasang drip.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat dakwaan tersebut.




