Malaysia
Donald Trump selamat tinggalkan Malaysia jam 10 pagi tadi

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berlepas dari KLIA pada jam 10.06 pagi menuju Jepun bagi meneruskan fasa kedua jelajah Asia selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.
Lawatannya di Malaysia menyaksikan beberapa perjanjian penting dimeterai, termasuk peluasan akses pasaran dengan Malaysia serta perjanjian perdagangan membabitkan Kemboja dan Thailand.
Di Tokyo, Trump dijadualkan menghadap Maharaja Jepun sebelum bertemu Perdana Menteri Sanae Takaichi.
Jelajahnya turut memberi tumpuan kepada Korea Selatan, di mana beliau bakal mengadakan pertemuan pertama bersama Presiden China Xi Jinping sejak kembali ke White House.
Selain itu, Trump turut dijadual bertemu Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung.



