Malaysia
DUN Sabah bubar, pilihan raya dalam tempoh 60 hari

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN17 diadakan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat selepas Yang di-Pertua Negeri Musa Aman memberikan perkenan untuk membubarkan DUN.
Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi berlarutan sejak beberapa minggu, memandangkan tempoh semasa DUN sepatutnya berakhir pada 11 Nov.
Ini bermakna Sabah akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.




