DuniaHiburan

Filem Jana Nayagan ditangguhkan ketika lebih 200,000 tiket terjual dalam 24 jam

Filem Jana Nayagan yang dijadualkan untuk tayangan khas di Malaysia esok ditangguhkan ke tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian.

Pengedar, Malik Streams Corporation memaklumkan penangguhan itu disebabkan faktor luar jangka, dan tarikh baharu hanya akan ditetapkan selepas isu berkaitan diselesaikan.

Walaupun ditangguhkan, filem lakonan Vijay itu mencatat pencapaian luar biasa apabila lebih 200,000 tiket terjual dalam tempoh 24 jam, sekali gus antara jualan pratayangan terpantas di negara ini.

Jana Nayagan turut menjadi tumpuan kerana diuar-uarkan sebagai filem terakhir Vijay sebelum beliau memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya politik.

Ini selepas beliau menubuhkan parti Tamilaga Vettri Kazhagam dan dinamakan sebagai calon ketua menteri Tamil Nadu bagi pilihan raya negeri akan datang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker