Dunia

Gaji minimum Jakarta dinaikkan RM1,370 ketika kos sara hidup cecah RM3,600

Gaji minimum Jakarta yang dinaikkan kepada Rp5.73 juta atau kira-kira RM1,380 sebulan bermula 2026 disifatkan masih tidak mencukupi ketika kos sara hidup semaking meningkat.

Kesatuan Sekerja Indonesia (ITUC/KSPI) menyatakan kekecewaan kerana kadar baharu tersebut masih di bawah Indeks Kehidupan Wajar yang ditetapkan kerajaan Indonesia sendiri pada Rp5.89 juta (RM1,420) sebulan, sekali gus menunjukkan jurang sekitar Rp160,000 (kira-kira RM40).

Selain itu, data Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia menunjukkan kos sara hidup bulanan sebuah keluarga kecil di Jakarta boleh mencecah sehingga Rp15 juta (RM3,620), jauh lebih tinggi berbanding gaji minimum yang ditetapkan.

Kerajaan Jakarta merancang menyediakan beberapa insentif kepada pekerja seperti pengangkutan awam percuma, perlindungan kesihatan melalui BPJS Kesihatan bagi pekerja tertentu serta subsidi air bersih.

Namun, kesatuan pekerja menegaskan insentif tersebut bukan sebahagian daripada gaji, selain tertakluk kepada kuota dan kemampuan bajet kerajaan wilayah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker