Hotel ‘gay’ di Melaka kosong sewaktu diserbu, hanya bekas kondom dijumpai

Sebuah hotel di Melaka yang tular kerana dikaitkan dengan konsep mesra ‘gay’ didapati kosong ketika diserbu pihak berkuasa pada Selasa.
Pemeriksaan bersama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mendapati semua 37 bilik tidak berkunci serta tiada penjaga, pengurusan atau pelanggan berada di premis.
Semakan lanjut menemui bekas kondom digunakan dalam sebuah bilik, manakala pengurus dan pekerja hotel gagal hadir walaupun dihubungi.
Susulan itu, lesen premis dibawa ke pejabat MPHTJ untuk tindakan lanjut dan tali keselamatan dipasang bagi menghalang kemasukan sehingga pemilik tampil memberi penjelasan.
Siasatan dijalankan susulan tular dakwaan di media sosial mengenai konsep hotel berkenaan, dengan pihak berkuasa menegaskan pemantauan akan diteruskan dan tindakan tegas boleh diambil termasuk penarikan lesen jika perlu.




