Malaysia

Hujan berterusan di Sarawak sehingga esok, mangsa banjir meningkat

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak hingga esok.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan berterusan tahap buruk dijangka melanda Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong (Pusa dan Betong).

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Kuching (Lundu), Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis).

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 319 orang daripada 93 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 105 orang daripada 37 keluarga pada 4 petang semalam selepas tujuh PPS baru dibuka malam tadi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker