Dunia

Individu lepaskan tiga das tembakan ke udara di Hatyai, bengang bantuan sampai lewat

Seorang lelaki Thailand yang terkandas dalam banjir besar di Hatyai, Songkhla dilaporkan melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi mengugut pasukan penyelamat berjet ski kerana percaya bantuan tiba terlalu lewat.

Kejadian itu dikongsikan oleh salah seorang penyelamat dari Surat Thani ketika mengagihkan bekalan makanan dan membantu penduduk, namun situasi tegang tercetus apabila tembakan kedengaran dari arah belakang.

Pasukan tersebut difahamkan sudah membawa ratusan kotak makanan tetapi stok cepat habis kerana jumlah mangsa yang ramai.

Tiada kecederaan dilaporkan, namun insiden itu menyebabkan operasi dihentikan sebelum beliau membuat keputusan untuk pulang.

Seorang lagi anggota pasukan mendakwa lelaki bersenjata itu kemudian menghubungi mereka dan menuntut supaya dia serta keluarganya segera dipindahkan.

Identiti individu berkenaan belum didedahkan tetapi kejadian tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan petugas penyelamat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker