PM Jepun wanita ketiga paling berpengaruh dunia – Forbes

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi disenaraikan sebagai wanita ketiga paling berpengaruh di dunia oleh Forbes dalam senarai 100 wanita paling berpengaruh 2025.
Beliau berada di belakang Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Ketua Bank Pusat Eropah Christine Lagarde, manakala Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni di tempat keempat.
Forbes menyifatkan senarai tahunannya itu sebagai kumpulan pemimpin wanita yang membentuk landskap global melalui inovasi, pengaruh geopolitik, budaya dan pencapaian kewangan.
Takaichi digambarkan sebagai pemimpin konservatif tegas yang memimpin ekonomi keempat terbesar dunia ketika negara itu berdepan cabaran inflasi dan gaji yang statik.
Senarai Forbes merangkumi wanita dari 25 negara merentasi pelbagai bidang, dengan hampir separuh merupakan CEO dan majoritinya berpusat di Amerika Utara.




