Malaysia
Individu silap pasang bendera terbalik di SJKC Chung Hua adalah OKU – ADUN

Insiden bendera Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Port Dickson, didapati berpunca daripada kecuaian seorang pekerja Orang Kurang Upaya (OKU).
Perkara itu disahkan oleh ADUN Lukut, Choo Ken Hwa, yang turun padang bertemu pihak sekolah pada hari kejadian.
Bendera tersebut dipercayai dipasang secara tidak sengaja menggunakan bendera lama dan diturunkan dalam tempoh dua jam selepas ia dikesan.
Pengurusan sekolah juga telah memohon maaf secara terbuka dan menegaskan insiden itu tidak disengajakan.
Sementara itu, polis telah mengenal pasti seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.




