Malaysia

Pelajar Tingkatan 4 pengsan dalam tandas asrama selepas dipukul

Empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki yang ditemui pengsan dalam tandas asrama selepas dipercayai dipukul.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, memaklumkan hanya seorang pelajar berusia 16 tahun direman di Mahkamah Sungai Petani, manakala tiga yang lain dibebaskan.

Kejadian dilapor berlaku sekitar 12.10 tengah malam Isnin, sebelum ibu mangsa dimaklumkan pihak sekolah pada 9.05 pagi bahawa anaknya ditemui tidak sedarkan diri dan diberikan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim.

Siasatan awal mendapati insiden berlaku di asrama, dipercayai berpunca daripada dakwaan mangsa memburukkan rakan kepada salah seorang suspek, menyebabkan empat pelajar itu mencari dan memukulnya.

Ini kejadian pertama di sekolah berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker