Malaysia

Inflasi naik 1.4 peratus, kos pendidikan dan harga minuman alkohol serta tembakau jadi faktor

Inflasi negara meningkat kepada 1.4 peratus pada November 2025 berbanding 1.3 peratus pada Oktober.

Ia didorong terutamanya oleh kenaikan kos pendidikan, harga minuman beralkohol dan tembakau, serta pemulihan harga pengangkutan.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin memaklumkan, kumpulan pendidikan merekodkan kenaikan tertinggi dengan inflasi 2.6 peratus, diikuti minuman beralkohol dan tembakau yang melonjak kepada 2.4 peratus.

Harga pengangkutan pula kembali meningkat 0.2 peratus selari dengan kenaikan harga bahan api di mana petrol RON97 meningkat kepada RM3.24 seliter pada November daripada RM3.18 seliter pada Oktober.

Sebanyak 61.1 peratus atau 350 daripada 573 barangan dan perkhidmatan mencatatkan kenaikan harga, kebanyakannya kurang 10 peratus.

Berbanding negara serantau, inflasi Malaysia lebih rendah daripada Vietnam, Indonesia dan Korea Selatan, namun lebih tinggi berbanding China dan Thailand yang mencatatkan deflasi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker