Malaysia

Isu saham: “Tiada apa nak disembunyikan”, Azam sedia disiasat

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyatakan kesediaan untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan berhubung isu pemilikan saham yang dikaitkan dengannya.

Beliau menegaskan tiada apa yang disembunyikan dan semua pengisytiharan kewangan serta harta telah dibuat mengikut peraturan perkhidmatan awam melalui saluran rasmi ditetapkan.

Menurutnya, beliau mengalu-alukan proses yang telus dan objektif bagi memastikan fakta ditentukan berasaskan bukti, sekali gus memelihara integriti peribadi dan keyakinan rakyat terhadap SPRM.

Azam turut menegaskan prinsip akauntabiliti perlu terpakai kepada semua tanpa pengecualian, selain menekankan bahawa setiap laporan akan dinilai mengikut undang-undang dan fakta, tanpa sesiapa dihukum berdasarkan persepsi semata-mata.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker