HiburanMalaysia

Jep ‘meletup’, muak Shuib ungkit isu persahabatan

Perselisihan antara pelawak Jep Sepahtu dan Shuib kembali menjadi perhatian apabila Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, tampil membidas Shuib di media sosialnya. Jep mendakwa dia sudah muak apabila isu persahabatan mereka terus dibangkitkan dalam podcast.

Jep turut mempersoalkan tindakan Shuib yang didakwa menjadikan isu itu sebagai bahan publisiti. Katanya, jika benar terdapat masalah berkaitan pembayaran, perkara itu sepatutnya dinyatakan dengan jelas kerana urusan bayaran sebelum ini dibuat secara individu dan bukan untuk kumpulan.

Dalam hantaran di Instagram, Jep turut berkongsi bukti mesej WhatsApp yang dihantar kepada Shuib, termasuk mesej pada 2022 dan yang terbaru pada Aidilfitri tahun ini, namun tidak mendapat balasan.

Jep kemudian meminta Shuib supaya tidak lagi mengganggu kehidupannya kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker