Malaysia

JPJ keluarkan 1,489 saman VEP bernilai RM445,800

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 1,489 saman bernilai RM445,800 menerusi Ops Penguatkuasaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura yang bermula 1 Julai hingga Sabtu lepas.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia Muhammad Kifli Ma Hassan berkata dalam tempoh itu juga 14,379 kenderaan Singapura telah diperiksa di luar kedua-dua Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan sekitar bandar raya Johor Bahru.
Setakat ini, 1,489 pemilik atau pemandu kenderaan yang kita saman ini dikesan tidak memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP.
Antara alasan diberikan oleh mereka yang dikompaun adalah menyangkakan kerajaan Malaysia masih belum lagi melakukan penguatkuasaan dan masih dalam tindakan advokasi.
Muhammad Kifli dalam pada itu berkata dapatan mendapati hampir 90 peratus kenderaan Singapura (persendirian) telah memiliki VEP dengan memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP berdasarkan pemeriksaan kenderaan yang dilaksanakan.
Beliau berkata hingga 31 Julai lepas, sebanyak 277,930 tag RFID telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan Singapura, melibatkan kenderaan persendirian individu dan syarikat.
Penguatkuasaan permit VEP menyaksikan pemandu kenderaan berdaftar Singapura yang memasuki negara tanpa permit berkenaan berisiko dikompaun RM300.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker