Malaysia

“Kalau melayu, undi lah melayu” – Dr Mahathir gesa pengundi

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pengundi Melayu supaya memilih calon Melayu pada pilihan raya akan datang tanpa mengira parti politik yang diwakili.

Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau berkata masa depan negara bergantung kepada pilihan pengundi Melayu di peti undi.

Menurutnya, jika mahu negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu, kesetiaan orang Melayu perlu diberikan kepada bangsa Melayu, bukan kepada mana-mana parti atau kumpulan tertentu.

Dr Mahathir turut mendakwa bahawa jika kesetiaan diberikan kepada parti atau puak, orang Melayu berisiko kehilangan kedudukan mereka di negara ini dan akhirnya menjadi bangsa yang tidak mempunyai negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker