MalaysiaSukan

KBS pastikan persiapan rapi kontinjen negara ke Sukan SEA 2025

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mempergiat persiapan menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand pada Disember depan.

Menteri, Hannah Heoh memaklumkan, Majlis Sukan Negara (MSN) menyelaras segala keperluan kontinjen dengan pemantauan berterusan oleh Ketua Kontinjen, Nurul Huda Abdullah yang akan memastikan segala persiapan berjalan lancar.

KBS turut memberi tumpuan kepada tahap kesihatan atlet agar mereka kekal cergas dan bebas kecederaan menjelang temasya dwitahunan itu.

Sukan SEA 2025 dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di Bangkok, Chonburi dan Songkhla.

Dalam perkembangan lain, konvensyen Beliawanis India Malaysia 2025 anjuran Majlis Belia India Malaysia (MIYC) dengan kerjasama KBS menghimpunkan lebih 500 wanita muda India dari seluruh negara.

Program itu bertujuan memperkasakan penyertaan belia wanita dalam bidang kepimpinan, sukan dan perkhidmatan awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker