Malaysia
“Kematian paling dicemburui” – AJK masjid meninggal dunia ketika solat Zuhur di Gombak

Seorang ahli jawatankuasa masjid, Alias Abd Ghani, 69, meninggal dunia ketika menunaikan solat zuhur di sebuah surau di Taman Sri Gombak semalam.
Rakaman CCTV menunjukkan Allahyarham rebah ketika rukuk sebelum terduduk dalam keadaan sujud, dan dibantu jemaah lain yang berada di lokasi.
Pengurusan Masjid Al-Khairiyah memaklumkan solat jenazah akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata, Taman Sri Gombak.



