Kes kematian wanita Taiwan: Namewee serah diri di IPD Dang Wangi

Penyanyi kontroversi Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee menyerah diri kepada polis awal pagi Rabu.
Ia berhubung kes kematian pempengaruh Taiwan, Hsieh Yu-hsin, yang kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Namewee memaklumkan dia datang ke Kuala Lumpur dari Johor untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan dan menegaskan tidak akan melarikan diri.
Sebelum ini, polis dilaporkan gagal mengesannya selepas Hsieh ditemui mati dalam tab mandi sebuah hotel di ibu negara pada 22 Oktober lalu.
Wee yang berada di lokasi sama ditahan ketika itu selepas ujian saringan mendapati positif beberapa jenis dadah, termasuk amphetamin dan ketamin.
Dia kemudian didakwa atas pemilikan serta penggunaan dadah, namun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan.




