Malaysia

KKM larang jual produk ‘inhaler’ tercemar, nasihat jumpa doktor jika ada kesan sampingan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan larangan penjualan dan pengedaran produk “Hong Thai Inhaler” atau “Hong Thai Formula 2” dari Thailand selepas ia dikesan mengandungi pencemaran bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Produk herba popular itu sebelum ini telah ditarik balik serta-merta oleh pihak berkuasa Thailand selepas gagal ujian kualiti kesihatan.

Namun, semakan awal KKM mendapati ia turut dijual di beberapa platform e-dagang tempatan, termasuk oleh penjual luar negara.

Bagi mengawal risiko, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) telah mengenal pasti lebih 300 pautan jualan produk itu dan meminta pihak platform e-dagang menurunkan semua iklan yang berkaitan dengan segera.

Orang ramai yang sudah membeli produk ini dinasihatkan supaya berhenti menggunakannya serta-merta dan dapatkan nasihat doktor jika mengalami sebarang kesan sampingan atau gejala mencurigakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker