Malaysia

Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit ‘walk-in’ pada 2026?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan tular di media sosial bahawa Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit tanpa janji temu atau ‘walk-in’.

KKM menjelaskan, walaupun sistem janji temu digunakan sebagai kaedah utama pengurusan pesakit, perkhidmatan ‘walk-in’ masih diteruskan, khususnya melibatkan kes kecemasan, warga emas serta individu yang mempunyai kekangan akses kepada teknologi.

Pesakit yang hadir tanpa janji temu akan tetap dilayan, namun perlu melalui proses penilaian awal atau triage terlebih dahulu bagi menentukan keutamaan rawatan.

Sementara itu, pesakit yang mempunyai janji temu akan diberikan keutamaan mengikut slot masa yang telah ditetapkan.

KKM turut menegaskan komitmen kementerian untuk memastikan akses rawatan kesihatan yang adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat, mengambil kira perbezaan tahap kemudahan dan penggunaan teknologi dalam kalangan rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker