Malaysia

Simpanan RM1 juta dalam KWSP tidak lagi boleh dikeluarkan mulai 1 Jan

Mempunyai simpanan RM1 juta dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak lagi melayakkan ahli membuat pengeluaran lebihan bermula 1 Januari 2026, susulan pelaksanaan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA).

Melalui dasar baharu ini, KWSP memperkenalkan penanda aras simpanan persaraan yang lebih tinggi bagi menyesuaikan diri dengan kos sara hidup yang meningkat dan jangka hayat yang lebih panjang.

Tiga tahap simpanan ditetapkan iaitu Simpanan Asas RM390,000, Simpanan Mencukupi RM650,000 dan Simpanan Dipertingkat RM1.3 juta.

Bagi ahli berumur bawah 55 tahun, ambang pengeluaran simpanan lebihan dinaikkan secara berperingkat, bermula RM1.1 juta pada 2026, RM1.2 juta pada 2027 dan RM1.3 juta pada 2028, sekali gus menjadikan paras RM1 juta tidak lagi mencukupi untuk pengeluaran awal.

Langkah ini diumumkan menerusi Belanjawan 2026 dan bertujuan mengukuhkan perlindungan persaraan, termasuk memperluas liputan kepada pekerja gig dan suri rumah melalui skim sumbangan serta insentif yang dipertingkatkan.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker