Malaysia

KPDN tumpaskan cubaan seludup 2.8 tan minyak masak subsidi

KPDN Kelantan menggagalkan cubaan menyeludup 2.8 tan minyak masak paket bersubsidi ke Thailand dalam dua serbuan di Pasir Puteh dan Pasir Mas, semalam.

Pengarah KPDN Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf, berkata seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan, manakala seorang lagi suspek melarikan diri dengan terjun ke sungai selepas kenderaannya terbabas.

Pemeriksaan menemukan sebanyak 2,805 kilogram minyak masak bersubsidi yang diangkut menggunakan dua Perodua Alza dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

KPDN turut menyita dua kenderaan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM43,000. Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker