Lebih 16,000 nyawa terkorban akibat cuaca musim panas tahun ini

Perubahan iklim yang membawa kepada suhu tinggi ketika musim panas tahun ini mengorbankan kira-kira 16,500 nyawa di bandar-bandar utama di Eropah.
Menurut sekumpulan saintis UK yang mendedahkan perkara itu pada Rabu, , kajian tersebut menggunakan kaedah pemodelan berasaskan data terdahulu bagi menganggarkan kesan gelombang haba tanpa perlu menunggu lama.
Kajian menggunakan kaedah pemodelan iklim itu mendapati suhu purata di 854 bandar meningkat 2.2 darjah Celsius antara Jun hingga Ogos, sekali gus menyumbang kepada kira-kira 24,400 kematian berlebihan.
Hampir 70 peratus daripadanya dikaitkan terus dengan kesan perubahan iklim akibat pembakaran bahan api fosil, yang meningkatkan risiko kematian terutama dalam kalangan warga emas ketika gelombang haba.




