Dunia

Lelaki jerit kesakitan dalam ladang, disahkan mati digigit semut  

Seorang lelaki maut selepas digigit semut ketika memotong dahan pokok di sebuah ladang di wilayah Samut Prakan, berhampiran Bangkok, semalam.

Mangsa, Ekkaphan Thianphanthong, 39, ditemukan terbaring tidak sedarkan diri kira-kira 200 meter dari jalan utama, dengan kesan gigitan semut pada tubuhnya.

Menurut laporan polis, mangsa ketika itu sedang memotong dahan pokok berhampiran kolam ikan bersama dua rakan sekerja bagi mengelak dahan terkena kabel elektrik.

Tidak lama kemudian, dia menjerit kesakitan selepas digigit semut dan rebah sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat memaklumkan mangsa berkemungkinan meninggal dunia akibat kejutan atau alahan teruk selepas digigit serangga tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker