Malaysia
Lelaki jumpa doktor kerana sakit tekak, kesan empat jangkitan kanser

Dalam insiden yang dianggap mimpi ngeri bagi penghidap hipokondria, kunjungan seorang lelaki warga emas ke doktor kerana sakit tekak akhirnya membawa kepada penemuan pelbagai jenis kanser.
Kes itu dikongsikan oleh pakar ENT Taiwan, Dr Chen Liang-Yu, yang mendedahkan pesakit tersebut disahkan menghidap kanser lidah, tiroid, buah pinggang dan kolorektal, meskipun berada dalam keadaan fizikal yang baik serta aktif bersenam.
Punca utama masalah itu dikaitkan dengan tabiat jangka panjang lelaki berkenaan yang merokok, mengambil alkohol dan mengunyah sireh pinang.
Amalan tersebut sememangnya meningkatkan risiko kanser, terutama kanser mulut. Gaya hidup aktifnya tidak mampu menampung kesan buruk ketiga-tiga tabiat itu dalam jangka masa panjang.




