DuniaMalaysia

Lelaki jumpa RM150,000 diberi ganjaran RM760 kerana jujur

Seorang lelaki di Vietnam memulangkan beg berisi wang tunai 1 bilion dong, kira-kira RM150,000, yang ditemuinya di lebuh raya wilayah Ninh Binh pada 23 Januari lalu.

Nguyen Van Huan, 46, menemui karung putih itu di tengah jalan berhampiran tol Liem Tuyen ketika dalam perjalanan ke Hanoi bersama dua rakan.

Di dalam beg tersebut terdapat 20 ikatan wang kertas 50,000 dong yang dibungkus rapi.

Huan kemudian menghubungi polis trafik lebuh raya dan membantu meneliti rakaman CCTV, yang menunjukkan beg itu terjatuh dari sebuah trak pikap di pintu masuk lebuh raya.

Pemilik wang berjaya dikesan dan difahamkan baru mengeluarkan wang berkenaan dari bank.

Sebagai tanda penghargaan atas kejujurannya, Huan menerima ganjaran 5 juta dong, kira-kira RM760.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker