Malaysia
Lelaki mati dipukul warga Myanmar di Kampung Pandan, dua suspek ditahan

Seorang lelaki India berusia 22 tahun meninggal dunia selepas dipukul dalam kejadian di Lorong 5, Kampung Pandan, awal pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim Ismail, mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan dengan kecederaan parah pada kepala dan luka di tangan sebelum dibawa ke hospital.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi sekitar jam 2.33 pagi.
Susulan kejadian, dua lelaki warga Myanmar ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan.
Kedua-duanya direman tiga hari sehingga esok di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Motif serangan masih dalam siasatan.




