Malaysia
DuitNow, pembayaran QR menggunakan Maybank alami gangguan

Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan sistem perkhidmatan DuitNow termasuk pembayaran QR, pemindahan wang, bayaran bil dan transaksi berkaitan sedang mengalami gangguan.
Susulan itu, sebahagian transaksi mungkin mengambil masa lebih lama atau tidak dapat dilakukan buat sementara waktu.
Pengguna dinasihatkan menggunakan perkhidmatan Interbank GIRO seperti biasa bagi urusan pemindahan wang sementara kerja pemulihan dijalankan.
Maybank memaklumkan usaha sedang dipergiat bagi memulihkan sepenuhnya perkhidmatan terjejas secepat mungkin.
Untuk maklumat lanjut atau bantuan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank.




