Malaysia

Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Klang

Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun maut selepas ditetak dalam satu pergaduhan di kawasan Sentosa, Klang Selatan malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 11.10 malam, namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Punca serta motif kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Asisten Superintendan Mohamed Syahrir Zabidi di talian 012-6650895, IPD Klang Selatan (03-3376 2222) atau balai polis berhampiran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker