Malaysia

LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor

Lembaga Hasil Dalam Negeri mengesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilaporkan hasil penguatkuasaan dan audit melalui pelaksanaan sistem e-Invois yang bermula 1 Ogos 2024.

Lebih 500,000 kes berpotensi dikenal pasti melibatkan individu atau entiti berkeupayaan kewangan tinggi tetapi rekod percukaian tidak sepadan atau tiada laporan pendapatan.

Seramai 17,188 pembayar cukai yang sebelum ini tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan tampil membuat pengakuan sukarela, melaporkan pendapatan tertunggak berjumlah RM1.4 bilion dan menyumbang RM290 juta hasil cukai.

Sejak diperkenalkan, 184,325 pembayar cukai mengemukakan 979 juta e-Invois, menunjukkan penerimaan baik termasuk dalam kalangan PKS.

LHDN memaklumkan tindakan penguatkuasaan diteruskan terhadap pihak yang gagal melaporkan pendapatan, dengan pendekatan berasaskan data dan teknologi bagi memastikan kutipan cukai adil.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker