Malaysia

Makmal dadah Puncak Alam tumpas, RM2.4 bilion dirampas

Makmal dadah berskala besar di Bandar Puncak Alam, Selangor diserbu JSJN Bukit Aman pada 15 Ogos lalu, selepas risikan selama tiga hingga empat bulan.

Lima suspek berusia 29 hingga 43 tahun ditahan dalam enam serbuan di Selangor dan Kuala Lumpur. Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 21 dan 27 Ogos.

Polis merampas lebih 7,000 kilogram cecair MDMA dan lebih 6,000 kilogram serbuk MDMA, selain ganja, Erimin 5, ketamin, yaba dan methamphetamine. Nilai keseluruhan rampasan mencecah RM2.4 bilion.

Menurut Datuk Hussein Omar Khan, sindiket dipercayai aktif sejak Februari dan mendapatkan bahan serta peralatan dari China melalui Pelabuhan Klang. Ketua sindiket dipercayai telah ditembak mati di Seremban, manakala beberapa ahli lain masih diburu. Aset bernilai RM276,000 turut disita.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker