Malaysia

Malaysia pertama kali catat perdagangan tertinggi cecah RM3 trilion – PM

Malaysia mencatat pencapaian perdagangan tertinggi dalam sejarah apabila jumlah perdagangan 2025 mencecah RM3 trilion buat kali pertama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perincian penuh angka itu akan diumumkan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) pada tengah hari ini.

Beliau berkata prestasi ekonomi negara pada 2025 kekal positif dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.9 peratus, melepasi unjuran awal kerajaan antara 4.0 hingga 4.8 peratus.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menjelaskan momentum ini didorong oleh kestabilan politik, kejelasan dasar serta kerjasama kukuh antara perkhidmatan awam, sektor perniagaan dan pelabur.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker