Malaysia

Malaysia sumbang RM500 kepada pelajar Indonesia terkesan banjir Aceh, Sumatera

Kerajaan Malaysia memperuntukkan bantuan awal RM500 seorang kepada pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan selepas banjir besar melanda Aceh dan Sumatera Utara.

Pejabat Perdana Menteri berkata bantuan itu melambangkan keprihatinan dan hubungan kekeluargaan antara kedua-dua negara.

Pelajar yang memerlukan diminta mendaftar melalui institusi pengajian masing-masing bagi memudahkan penyelarasan bantuan.

Bencana yang berlaku hujung November itu memberi kesan besar kepada tiga wilayah iaitu Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.

Setakat Khamis pagi, korban bencana merekodkan 971 kematian, dengan Aceh mencatat angka tertinggi iaitu 391 korban, diikuti Sumatera Utara 340 dan Sumatera Barat 240.

Seramai 5,000 penduduk cedera dan 255 lagi masih hilang, manakala jumlah penduduk yang terpaksa berpindah hampir mencecah sejuta orang, iaitu 902,545 mangsa di tiga provinsi.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker