Malaysia

Mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 1,253 orang, 10 PPS dibuka

Jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 1,253 orang daripada 337 keluarga setakat pagi ini, berbanding 1,120 orang daripada 284 keluarga malam tadi.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah iaitu Kuala Selangor, Shah Alam dan Klang.

Di Kuala Selangor, lima PPS dibuka termasuk SK Desa Aman yang menempatkan mangsa paling ramai iaitu 637 orang. Sementara itu, empat PPS di Shah Alam menempatkan keseluruhan 358 mangsa.

Di Klang pula, seramai 39 mangsa daripada 33 keluarga ditempatkan di Dewan Masjid Al-Taqwa, Bukit Kapar. Pertambahan jumlah mangsa turut menyaksikan pembukaan sebuah lagi PPS di SK Parit Mahang, Kuala Selangor.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker