Malaysia
Maxim, InDrive dibenar beroperasi semula tetapi masih dipantau tiga bulan

Dua syarikat e-hailing, Maxim dan InDrive, dibenarkan untuk meneruskan operasi di Malaysia selepas membuat pembetulan terhadap isu ketidakpatuhan lesen.
Namun, kedua-duanya kini diletakkan di bawah pemantauan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selama tiga bulan.
Sepanjang tempoh tersebut, wakil syarikat perlu hadir ke Ibu Pejabat APAD setiap bulan bagi memastikan pematuhan berterusan.
Langkah ini termasuk pemantauan masa nyata melalui semakan rawak terhadap pemandu menggunakan aplikasi masing-masing.
Keputusan itu dibuat selepas kedua-dua syarikat berjaya menambah baik sistem pendaftaran pemandu bagi memastikan hanya mereka yang memiliki Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) dibenarkan menjalankan tugasan.




