Malaysia

MCMC kompaun RM100,000 terhadap Sin Chew dan Sinar Harian

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan kompaun RM100,000 terhadap Sin Chew Media Corporation Berhad dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd selepas mendapat kebenaran Jabatan Peguam Negara.

Sin Chew didenda kerana menyiarkan Jalur Gemilang tidak lengkap pada muka depan akhbar digitalnya ketika lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.

Manakala Sinar Karangkraf dikenakan tindakan akibat infografik salah yang memaparkan Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Khalid Ismail, sebagai ahli PKR.

Kesilapan itu berlaku selepas seorang staf menggunakan templat lama yang pernah digunakan untuk poster Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul.

SKMM menjelaskan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan tindakan kompaun mengikut Seksyen 243.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker