Malaysia
Harga saham DRB-Hicom jatuh, catat rugi bersih RM15.2 juta

Harga saham DRB-Hicom, konglomerat milik Syed Mokhtar Albukhary, merosot sehingga 12% apabila syarikat itu kembali mencatat rugi bersih RM15.2 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September.
Walaupun hasil suku tahunan meningkat kepada RM4.49 bilion, prestasi beberapa anak syarikat utama tidak cukup untuk mengekang kejatuhan keuntungan.
Saham syarikat itu turun ke paras RM1.14 sebelum sedikit pulih ke RM1.17, dengan nilai pasaran sekitar RM2.28 bilion.
Bagi sembilan bulan pertama tahun ini, keuntungan bersih DRB-Hicom turut susut kepada RM60.62 juta berikutan prestasi lemah dalam sektor aeroangkasa, pertahanan, pos dan hartanah, walaupun jumlah hasil keseluruhan terus meningkat.




