Malaysia

Tragedi di Kota Tinggi, kanak-kanak lima tahun maut dicampak ke sungai

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas dipercayai dicampak ke dalam sungai oleh bapa saudaranya di Kampung Padang, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada Isnin.

Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di alur sungai kira-kira 300 meter dari rumahnya selepas disedari hilang sekitar jam 9 pagi. Pembantu pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, suspek berusia 37 tahun itu dipercayai mencampak mangsa ke dalam sungai sebelum mengamuk dan mengejar seorang lelaki berusia 40 tahun menggunakan parang.

Polis menerima laporan kira-kira jam 9.30 pagi sebelum menahan suspek selepas berlaku pergelutan yang turut menyebabkan seorang anggota polis cedera.

Suspek dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental dan kini direman tujuh hari hingga 28 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker