Malaysia
MCMC sahkan video tular hina Islam, rakaman lama 2024

Video tular yang menunjukkan penghinaan terhadap Islam, termasuk memijak al-Quran, adalah rakaman lama dari 2024 yang berlaku di Singapura dan melibatkan warga negara itu.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan orang awam selepas video tersebut dipercayai dimuat naik semula, menimbulkan kegusaran dalam masyarakat.
MCMC kini bekerjasama dengan platform media sosial seperti Threads, Facebook dan TikTok untuk menyekat penyebaran video ini di Malaysia.



