Dunia
Mikrofon masih terpasang, rakaman perbualan hangat Trump dan Prabowo tersebar

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menjadi bualan hangat selepas dilaporkan mengajukan soalan hangat kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini.
Prabowo dipercayai bertanya sama ada beliau boleh bertemu dengan anak lelaki Trump, Eric, yang juga merupakan naib presiden eksekutif Trump Organization, selepas Sidang Kemuncak Gaza di Mesir.
Perbualan itu yang dirakam dalam bentuk video dan audio selepas ucapan Trump di sidang tersebut dipercayai berlaku tanpa kedua-dua pemimpin menyedari bahawa mikrofon masih terpasang.




