Malaysia

“Muhyiddin masih nakhoda terbaik”, Sanjeevan mahu pengkhianat dalam BERSATU digugurkan

Naib Ketua Bersekutu BERSATU Malaysia, Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan, menegaskan pemimpin yang cuba menggoncang parti dari dalam mesti digugurkan segera kerana jika dibiarkan, pengkhianatan akan terus berakar dan melemahkan keyakinan rakyat terhadap parti.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu menekankan bahawa Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, masih diyakini sebagai nakhoda terbaik untuk membawa BERSATU mara dengan integriti dan prinsip yang jelas.

Beliau menolak sebarang cubaan pihak musuh melemahkan parti, namun mengakui perkembangan mutakhir amat membimbangkan apabila wujud segelintir pimpinan melanggar disiplin dan Perlembagaan parti, malah dipercayai bersekongkol dengan musuh politik demi kepentingan peribadi.

Katanya, tindakan disiplin tegas tanpa kompromi mesti segera diambil kerana kelembutan Presiden tidak boleh ditafsir sebagai kelemahan.

Beliau turut mengingatkan bahawa sejarah politik membuktikan kejatuhan sering berpunca daripada pengkhianatan dalaman, seperti Julius Caesar yang dibunuh Brutus dan Sukarno dijatuhkan Suharto.

Justeru, BERSATU tidak boleh dijadikan alat tawar-menawar segelintir individu gila kuasa dan untuk itu beliau menyeru semua pimpinan serta ahli untuk kekal bersatu hati menolak pengkhianat, baik dari luar mahu pun dalam parti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker