Malaysia
Muhyiddin mulakan 2026 dengan letak jawatan Pengerusi PN

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Bekas Perdana Menteri tersebut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan PN atas sokongan yang diberikan sepanjang lima tahun beliau menerajui gabungan itu sejak penubuhannya.
Muhyiddin turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada barisan kepimpinan PN serta parti-parti komponen dalam gabungan berkenaan.




