Malaysia

Nga Kor Ming lulus peruntukan RM30,000 untuk media Tamil

Selepas mengumumkan peruntukan RM15 juta bagi 87 projek infrastruktur di 50 perkampungan India sempena Deepavali.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming turut meluluskan dana RM30,000 kepada Pertubuhan Media Tamil Malaysia sebagai satu lagi inisiatif menyantuni komuniti India pada hari yang sama.

Pengumuman itu dibuat dalam majlis santai bersama media Tamil di sebuah restoran di ibu kota pada petang Selasa.

Terdahulu, KPKT meraikan Deepavali secara besar-besaran di Putrajaya sebagai simbol komitmen kerajaan Madani terhadap perpaduan dan kepelbagaian budaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker